Program Bandar Selamat

21 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Program Bandar SElamat telah diadakan pada 20 Jun 2019 bersamaan dengan hari Khamis. Program tersebut adalah kerjasama di antara Dewan Bandaraya Kuching Utara dengan Pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dan juga JKKK Taman Sepakat Jaya. Para hadirin tiba tepat pada pukul 0900 yang dihadiri oleh pelbagai agensi diantaranya JKKK Taman Sepakat Jaya, Imegresen Malaysia, Polis Bintawa, ADUN N.5 dan Pihak Kontraktor yang terlibat. Bertujuan untuk memantau dan mengesan tempat-tempat yang sesuai untuk dibaikpulih bagi memastikan kesejahteraan penduduk Taman Sepakat Jaya.

Program tersebut dimulakan dengan Ucapan dari Datuk Bandaraya Kuching Utara. Setelah sesi ucapan dari Datuk Bandaraya, pihak unit DBKU pula memberikan taklimat yang berkaitan dengan infrastruktur Taman Sepakat Jaya. Setelah selesai sesi taklimat, pihak hadirin yang hadir dijamukan dengan makanan sebelum berangkat untuk melawat beberapa kawasan yang memerlukan pembaikpulihan. Program Bandar Selamat dihadiri oleh 56 orangterdiri daripada pelbagai agensi yang berkaitan. Tepat pada pukul 1500, program tersebut selesai dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali